SHAH ALAM: Polis tidak menolak kemungkinan lima individu yang ditembak mati dalam kejadian di Putra Heights di sini malam tadi merupakan ahli 'Geng Ninja Van' dan terlibat dalam lebih 50 kes samun bersenjata di Lembah Klang.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kumpulan yang aktif sejak 2022 dan menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman itu juga bertindak ganas termasuk menetak mangsa jika ada yang bertindak balas semasa mereka melakukan samun.
Beliau berkata semua suspek warga tempatan berumur 25 hingga 30 tahun itu juga mempunyai banyak rekod jenayah lampau dan menjadi buruan polis sejak dua tahun lepas.
"Kami percaya kumpulan perompak ganas ini juga mempunyai ahli lain yang terlibat dalam memberikan maklumat dalaman untuk mereka melakukan kegiatan samun," katanya pada sesi sidang media di sini hari ini.
Hussein berkata pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek juga menemui dua pucuk pistol jenis revolver dan semi automatik, parang, umpil besi, topeng serta sarung tangan dipercayai digunakan untuk tujuan samun dan pecah masuk premis yang dikenal pasti.
Dalam kejadian 11.30 malam tadi, lima suspek berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan Putra Heights sebelum kenderaan dinaiki mereka diarah berhenti untuk pemeriksaan.
Namun, kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis dan berlaku insiden berbalas tembakan sebelum kelima-lima penjenayah itu ditembak mati.
Dalam perkembangan lain, Hussein berkata, pengarah syarikat yang mendakwa sebagai pemilik bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara baru-baru ini tidak hadir memberi keterangan sebagaimana dijanjikan.
Beliau berkata jika tiada pihak yang tampil bagi menuntut wang berkenaan pihaknya terpaksa mengikut prosedur sedia ada iaitu pelupusan harta yang tidak dituntut dengan mengembalikan wang tersebut kepada kerajaan.
"Kami tidak kisah dia mahu datang atau tidak, kita bagi tempoh masa yang sewajarnya untuk dia datang kerana dia dah menyatakan duit itu milik syarikat dia, cuma sekarang dia masih tidak tampil dengan bukti bahawa duit itu milik dia," katanya.
Menurutnya polis kini melakukan pemeriksaan ke atas wang berkenaan bagi mengesan sekiranya wujud elemen bahan terlarang.
Semalam, Hussein dilaporkan berkata pengarah syarikat berkenaan akan hadir bagi memberi keterangan berhubung dakwaan duit tersebut milik syarikatnya pada hari ini di Balai Polis Damansara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Datuk Hussein Omar Khan berkata, kumpulan yang aktif sejak 2022 dan menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman itu juga bertindak ganas termasuk menetak mangsa. - Gambar fail
Perancis keluarkan pelancong dari kepulauan New Caledonia yang dilanda rusuhan
Perancis telah mula mengeluarkan pelancong dari wilayah seberangnya di New Caledonia selepas beberapa hari pergolakan di kepulauan Pasifik itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Capaian liputan 5G di Malaysia cecah 85 peratus
Capaian rangkaian 5G di Malaysia kini mencecah 85 peratus dalam usaha melonjakkan kemajuan negara bagi aspek pendigitalan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Rodzi Md Saad.
APBN: Usaha Muhammad Asmawi bantu belia 'buahkan hasil'
Muhammad Asmawi Sulaiman, 29, dinobatkan sebagai johan kategori individu lelaki Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2024.
AWANI Borneo [25/05/2024] – Pengiktirafan | Sekat berita palsu | Filem pendek Gawai
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 25 Mei 2024
Kuching tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Pembangunan Chatbot perangi berita palsu di Whatsapp dalam fasa terakhir
Pesan Inik tampilkan adat, seni dan tradisi Iban
#AWANInews
#AWANIBorneo 25 Mei 2024
Kuching tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Pembangunan Chatbot perangi berita palsu di Whatsapp dalam fasa terakhir
Pesan Inik tampilkan adat, seni dan tradisi Iban
#AWANInews
Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui akibat cerun runtuh
Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
Warisan ada hak tentukan rakan kerjasama - Shafie
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata apa pun bentuk gabungan politik yang diwujudkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah oleh parti-parti politik di negeri itu, keputusannya masih tertakluk di bawah kuasa rakyat.
Kuching tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan Kuching dipilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Menter-Menteri Luar ASEAN tahun depan
Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom tidak boleh dilalui
Jalan menghubungkan Kota Kinabalu - Keningau - Tenom tidak dapat dilalui buat masa ini susulan kejadian cerun runtuh di Kampung Togudon, Penampang.
Pembangunan Chatbot perangi berita palsu di Whatsapp dalam fasa terakhir
Kemudahan Chatbot menerusi aplikasi WhatsApp milik Meta itu akan berperanan sebagai platform bagi semakan kesahihan fakta dan maklumat oleh pengguna terhadap sebarang mesej yang disebarkan di aplikasi berkenaan.
Warisan tekad rampas kerusi DUN Sindumin
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan parti itu akan merampas kembali kerusi DUN Sindumin yang dimenangi parti itu sebelum pemenangnya Datuk Yusof Yacob bertindak menyertai GRS
Lima penjenayah ditembak mati di Putra Heights terlibat lebih 50 kes samun
Kumpulan itu menyasarkan premis syarikat kurier, kilang, pejabat dan kediaman, selain bertindak ganas termasuk menetak mangsa.